Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017 hari ini dipenuhi dengan ucapan yang membawa mesej bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) perlu menjadi keutamaan dalam cubaan merampas majoriti dua per tiga Parlimen yang tidak dicapai semasa PRU 2008 dan 2013.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Jentera penerangan UMNO mempunyai misi untuk memastikan pembangkang dapat dikuburkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus kuat, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Tepukan dan sorakan gemuruh para perwakilan Pergerakan Wanita UMNO bergema sebaik sahaja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mahu semangat perpaduan dan toleransi yang menjadi asas mencapai kemerdekaan, dihidupkan semula sempena memperingati tarikh ulang tahun ke-27 kemangkatan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sebanyak 100 karikatur yang memaparkan kesengsaraan dan penderitaan etnik Rohingya serta usaha yang dilakukan Malaysia bagi membantu masyarakat itu dipamerkan selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sehingga Sabtu ini.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Solidariti perlu dijadikan sebagai `kata kunci' bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu Mohd Bahrin Abd Karim.
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berikrar untuk melaksanakan mandat khas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu anggota parti itu bersatu dan tidak terlalu memikirkan soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.