Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah bersiap sedia dan berada di kawasan-kawasan banjir dan lokasi berpotensi berlakunya bencana itu di negeri-negeri Pantai Timur untuk menyelaras keperluan pemindahan dan bantuan kepada mangsa banjir.


KOTA BHARU, 28 Nov (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan mengambil langkah proaktif melalui pelbagai tindakan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dilaksanakan seperti biasa kepada masyarakat ketika musim tengkujuh.


PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menyiasat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan, kata Timbalan Pengerusi DAP cawangan Asam Kumbang Santokh Singh.


KOTA BHARU, 28 Nov (Bernama) -- Seramai 2,500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini.


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun bagi kesalahan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan dihadapkan ke mahkamah mulai awal tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pelajar yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin masih menpunyai peluang untuk kembali meneruskan persekolahan jika mereka mengemukakan rayuan kepada pihak sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon.


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyalurkan RM10 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi kerja-kerja penyelenggaraan segera fasiliti di pusat pemindahan banjir, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


LABUAN, 27 Nov (Bernama) -- Program bulanan Pemuda UMNO Labuan, 'Jom Isi Minyak' untuk motosikal 150cc dan ke bawah terus meraih populariti apabila lebih daripada 800 penunggang memenuhi stesen minyak Petronas Saguking di sini untuk mengisi minyak motosikal masing-masing semalam.


TAWAU, 27 Nov (Bernama) -- Perhimpunan RED26 di Tawau semalam bukan didalangi parti politik atau individu yang memiliki agenda tersembunyi, kata Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Abdul Gani Zelika.


NILAI, 27 Nov (Bernama) -- Sejak awal tahun lagi, Mohd Afiq Hayat Ahmad Yazid sudah terbayang cabarannya hendak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tanpa tuisyen memandangkan keluarganya hidup susah.