Senarai Berita

IPOH, 27 Nov (Bernama) -- Wakil rakyat pembangkang Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) diarah keluar dewan dan digantung daripada mengikuti persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana mengingkari arahan Speaker Datuk S. Thangeswary.


KUCHING, 27 Nov (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini mengesyorkan supaya Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) mula mengenakan kutipan caj tol terhadap kapal-kapal yang melalui baraj di Sungai Sarawak di sini, bagi menambah kutipan hasil.


KOTA SAMARAHAN, 27 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan akan mewujudkan makmal bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.


ALOR SETAR, 27 Nov (Bernama) -- Secara umumnya tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun 2016 adalah baik manakala tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Agensi negeri pula ditahap memuaskan.


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa masyarakat khususnya ahli politik agar berhenti menggunakan agama untuk tujuan menakutkan rakyat.


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan program subsidi ujian mamogram dan suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diteruskan meskipun tidak mempunyai peruntukan khusus dalam Bajet 2018, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


KEPALA BATAS, 26 Nov (Bernama) -- Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan menjadi medan untuk menyakinkan rakyat supaya terus memberi mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


BAGAN DATUK, 26 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan.


Oleh Saloziah Zali

SANDAKAN, 26 Nov (Bernama) -- Beras, minyak masak, teh dan gula merupakan bahan makanan yang sangat bermakna diterima oleh peniaga kuih Sumarni Alimuddin.


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal bulan depan bakal menjadi titik tolak kepada pergerakan jentera penerangan UMNO yang lebih intensif dan ekstensif sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.