Senarai Berita

KOTA ISKANDAR, 29 Nov (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri Johor menubuhkan sebuah badan yang bertindak sebagai penyedia perkhidmatan internet bagi memastikan semua kawasan di negeri ini mendapat capaian internet secara meluas tanpa sebarang gangguan.


PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, demikian menurut kenyataan Timbalan Pengarah (Dasar Kepenjaraan) Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim.


MELAKA, 29 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lee Tian Sing, anak jati Kuala Sungai Baru dekat sini, sebagai Anggota Dewan Negara bagi mewakili negeri ini.


BESUT, 29 Nov (Bernama) -- Petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang terlibat dalam misi memberi bantuan kepada mangsa banjir sentiasa bersedia mental dan fizikal sekiranya musim banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu berlarutan hingga awal tahun depan.


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, menyediakan lebih 1,400 petugas bagi memastikan perhimpunan agung itu berjalan lancar.


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 11,606 permohonan pertukaran guru 'duka lara' dari Januari 2016 hingga Januari 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


ISKANDAR PUTERI, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan Johor dicadang membangunkan sebuah institut atau kolej pendidikan pertanian di Segamat bagi melatih dan menyediakan tenaga kerja dalam bidang berkenaan secara menyeluruh.


JOHOR BAHRU, 28 Nov (Bernama) -- Perbelanjaan berhemat menjadi kunci kejayaan kepada prestasi kewangan kerajaan negeri Johor berada dalam keadaan baik, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


SEREMBAN, 28 Nov (Bernama) -- Dalam usaha menambah baik fasiliti dan infrastruktur sekolah yang dikategorikan sebagai daif, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan memperuntukkan sejumlah RM6.48 juta bagi projek menggantikan bangunan baharu melibatkan lima buah sekolah rendah di Negeri Sembilan.


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perusahaan Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan mengenai strategi pertahanan siber, terutamanya, dalam prasarana rangkaian mereka, untuk menangani dan mengurangkan ancaman siber, kata Cyber Security Malaysia.