Senarai Berita

KEMAMAN, 13 Nov (Bernama) -- Sokongan masyarakat India di Terengganu kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan mendadak berbanding ketika Pilihan Raya Uumum ke-13 (PRU13) yang lalu, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


KUCHING, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Utiliti Sarawak memberi jaminan empangan Bengoh adalah kukuh dan stabil dari segi teknikal dan strukturnya berdasarkan laporan pakar perunding reka bentuk empangan dan kontraktor dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak di dalam media.


GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.


KUALA SELANGOR, 13 Nov (Bernama) -- Sekumpulan penduduk Kampung Sungai Yu di sini, mengadakan bantahan secara aman di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor membatalkan pembahagian tanah rizab yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil.


KUANTAN, 13 Nov (Bernama) -- Tindakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengetatkan syarat kelayakan pembiayaan perumahan untuk kakitangan awam boleh menyekat peluang golongan itu memiliki rumah sendiri.


KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan untuk menukarkan struktur perlaksana projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) daripada model Rakan Perlaksana Projek kepada model turnkey boleh menjimatkan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation (MRT Corp), Datuk Seri Shahril Mokhtar.


KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menggerakkan 1,500 sukarelawannya ke Pulau Pinang hari ini bagi membantu pelaksanaan program pasca banjir.


ALOR SETAR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kedah diyakini mampu mencapai perolehan lebih tinggi tahun ini iaitu lebih 80 peratus daripada unjuran hasil disasarkan dengan kadar pengurusan defisit yang terbaik dalam tempoh lima tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.


SUNGAI PETANI, 13 Nov (Bernama) -- Sebanyak 200 keluarga daripada Komuniti 1Malaysia yang terjejas dengan banjir di negeri ini menerima bantuan menerusi Program Jalinan Kasih Pasca Banjir yang dilaksanakan Jabatan Penerangan Kedah.


SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Perwakilan DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP 2017 semalam disaran mengemukakan aduan kepada jawatankuasa itu