Senarai Berita
SHAH ALAM, 12 Nov ( Bernama ) -- Berikut ialah senarai pemimpin-pemimpin DAP selepas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 20 anggota pada Kongres Khasnya 2017, di sini hari ini.
KUALA SELANGOR, 12 Nov (Bernama) -- Puteri UMNO Selangor digesa terus proaktif dalam mendekati dan menawan hati pengundi muda bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) menawan semula negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Pasangan ayah-anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kekal menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mendapat antara undi terbanyak dalam pemilihan semula jawatankuasa itu pada Kongres Khas DAP 2017 di sini, hari ini.
TELUK INTAN, 12 Nov (Bernama) -- Tindakan kerajaan Selangor menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian dianggap tidak profesional selain dilihat cuba menutup kelemahan pentadbirannya daripada pengetahuan umum.
KOTA KINABALU, 12 Nov (Bernama) -- Dakwaan sesetengah pihak bahawa hak-hak Sabah tidak dilaksanakan sepenuhnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya retorik politik bagi mencetuskan rasa marah dan benci dalam kalangan rakyat Sabah yang mungkin tidak memahami sepenuhnya sejarah pembentukan negara, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
SIK, 12 Nov (Bernama) -- "Alhamdulillah, syukur sebab ibu tak perlu sediakan baju sekolah untuk saya dan adik tahun depan," ujar seorang daripada penerima bantuan awal persekolahan sumbangan Kelab Anak-anak Sik dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Nur Ainul Batrisyia Mohd Azrizal, 11.
SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Beberapa bekas anggota DAP hari ini menyifatkan demokrasi sudah 'mati' dalam parti itu apabila Lim Guan Eng masih dibenarkan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun sedang berdepan dakwaan rasuah.

SANDAKAN, 12 Nov (Bernama) -- Sebanyak 105 projek pembinaan bernilai RM2.2 bilion telah dilaksanakan di Sabah bermula pertengahan tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
