Senarai Berita

ALOR SETAR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membatalkan permit nelayan tempatan yang sewenang-wenangya menyewakan permit menangkap ikan mereka kepada nelayan asing.


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wanita MCA perlu proaktif merebut peluang yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4) dan e-Dagang bagi memperkasa wanita dari segi ekonomi dengan melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan itu, kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- DAP telah tidak berupaya menyelesaikan banyak isu dihadapi rakyat, dan ini termasuk pendidikan Cina, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana negara ini telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang baik di dalam negara mahupun di persada antarabangsa sepanjang tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Apabila 2,400 orang perwakilan MCA pusat berhimpun pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-64 hujung minggu ini, hanya satu isu sahaja yang akan berada di minda setiap daripada mereka ? pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Agihan kek ekonomi negara perlu terus diperkemas supaya seluruh rakyat dan wilayah di negara ini mendapat bahagian masing-masing secara adil dan seterusnya membantu memelihara kestabilan negara.


SANDAKAN, 2 Nov (Bernama) -- UMNO dapat bertahan lama sehingga kini kerana mempunyai kerangka yang baik dari peringkat akar umbi hingga ke pucuk pimpinan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Aman.


KUALA NERANG, 2 Nov (Bernama) -- Peruntukan kira-kira RM1 billion bagi menyelesaikan masalah air di Kedah membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin dengan masalah yang membelenggu rakyat di negeri ini.


KANGAR, 2 Nov (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Pusat GiatMara bagi membaik pulih serta menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara, merupakan satu langkah sangat bermakna dalam memperkasa institusi berkenaan.


SANDAKAN, 2 Nov (Bernama) -- Peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini pada Bajet 2018 merupakan komitmen berterusan kerajaan pusat terhadap Sabah, kata Ketua Menterinya Tan Sri Musa Aman.