Senarai Berita
SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menyatakan harga ditawarkan kerajaan negeri bagi mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) untuk mempercepatkan proses pembelian itu.


SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) -- Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop, meninggal dunia dipercayai ditikam seorang anggota keluarganya dalam pergaduhan di rumah ibu mereka di Taman Bunga Sejati, Rantau, dekat sini, kira-kira 7.30 pagi tadi.

KOTA BHARU, 6 Nov (Bernama) -- Tindakan pihak tertentu yang memperlekehkan usaha kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir, amat dikesali.
SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor kesal apabila lima usul berkepentingan rakyat mahu diketengahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditolak oleh Speaker.
GEORGE TOWN, 6 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan usul tergempar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berhubung pembayaran wang ihsan kepada mangsa tragedi banjir yang melanda Pulau Pinang.
GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- DAP Pulau Pinang telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana Ribut Taufan dan Banjir Pulau Pinang bagi menerima sumbangan untuk mangsa banjir di negeri itu.