Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir.


KULIM, 7 Nov ( Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Padang Serai akan membantu mangsa banjir di kawasan Merbau Pulas untuk membersihkan rumah mereka dan keperluan lain yang diperlukan, kata Pengerusinya Asmadi Abu Talib.


SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Jentera penerangan UMNO negeri dinasihat jangan 'malu alah' dalam menyebarkan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memacu kemajuan negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global.


KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan kerjanya menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau menjadi menterinya.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- RHB Bank Bhd menyediakan program bantuan kewangan yang diadakan khusus bagi pelanggan dan kakitangannya yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama)

Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang telah menyatukan pimpinan pusat dan negeri biarpun berbeza fahaman politilk demi membantu mangsa banjir di kawasan itu yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.


KOTA BHARU, 7 Nov (Bernama) -- Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang ke Pulau Pinang melawat mangsa banjir menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang prihatin.


KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Pihak ingin menjejaskan kredibiliti kerajaan Sabah telah silap memilih isu apabila memberikan gambaran palsu terhadap pengurusan hutan negeri dengan menularkan dakwaan tidak berasas rakaman video sederetan lori treler membawa muatan balak di Jalan Sapulut-Kalabakan, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Amrizan Mohd Ali.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bakal menubuhkan jawatankuasa khas bagi mendapatkan pandangan dan input golongan muda untuk disenaraikan sebagai cadangan draf manifesto BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang telah meminta bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyalurkan khidmat bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir di negeri itu.