Senarai Berita
SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib semalam bahawa keputusannya kembali menyertai UMNO adalah disebabkan pembangkang tidak memperjuangkan agenda Melayu.
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pembangkang masih tetap mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Setelah hampir lima tahun melayari persada politik tanah air di pentas pembangkang, bekas naib presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke gelanggang parti itu, sekali gus menggembleng usaha parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pemimpin UMNO di pelbagai lapisan menyambut baik tindakan bekas naib presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan UMNO, sekali gus mengukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 khususnya di Selangor.
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata pembangkang tidak peduli untuk memperjuangkan agenda Melayu membuatkan beliau kembali menyertai UMNO.
CAMERON HIGHLANDS, 17 Sept (Bernama) -- Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas percaya rakyat negara ini tidak lagi terpengaruh dengan formula politik Pakatan Harapan yang dilihatnya semakin rapuh dan tidak relevan.
KANGAR, 17 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai dalang yang merancang agenda besar untuk mempengaruhi rakyat membenci kepimpinan negara.
KOTA BHARU, 16 Sept (Bernama) -- Pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian perlu proaktif dan pantas menangkis fitnah dilemparkan pembangkang terhadap kepimpinan parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Masyarakat Cina diminta agar menghargai jasa MCA sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib dan kepentingan kaum itu.
BUTTERWORTH, 14 Sept (Bernama) -- Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPP) hari ini menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Majlis Peguam Siti Kassim dan tokoh politik David Orok yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam.