Senarai Berita
MELAKA, 28 Sept (Bernama) -- Pembangkang harus menghantar nama calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa, jika benar pakatan pembangkang telus serta jujur kepada rakyat.

KOTA KINABALU, 27 Sept (Bernama) -- Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Christopher Mandut dilantik memangku jawatan Ketua Pemuda PBS, berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun.
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Permohonan pendaftaran Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) sebagai sebuah parti politik masih belum boleh diluluskan kerana perlu menjalani tapisan keselamatan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Mohammad Razin Abdullah.


SEREMBAN, 25 Sept (Bernama) -- Kaum Cina di negara ini secara asasnya merupakan rakan kongsi yang baik kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak dahulu lagi, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
GEORGE TOWN, 25 Sept (Bernama) -- Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mempersoalkan peruntukan RM2 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk Projek-Projek Tebatan Banjir di negeri ini adalah berniat jahat dan bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

GEORGE TOWN, 25 Sept (Bernama) -- MCA Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan DAP bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda negeri itu demi kebajikan rakyat.