Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia Tan Sri M. Kayveas berkata beliau akan akur dan menghormati apa juga keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung calon bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
IPOH, 24 Sept (Bernama) -- Rakyat di negara ini perlu memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat serta mendengar suara dan mampu menyelesaikan masalah mengikut saluran yang tepat, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Masyarakat di Kuala Lumpur digesa kembali memberi sokongan kepada MCA, dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kerana hanya gagasan itu yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negara, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MIC meluluskan 49 pindaan perlembagaan parti dalam memperkasa serta mengembalikan kegemilangan parti berusia 71 tahun itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
SABAK BERNAM, 24 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor mengalu-alukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai gabungan tiga lagi bekas menteri besar daripada parti itu yang bertekad menawan kembali negeri berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perhimpunan Agung MIC ke-71 hari ini sebulat suara meluluskan lima resolusi untuk meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) -- Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengesahkan pertukaran kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan melibatkan lima kerusi Gerakan.
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini mengingatkan anggota MIC, agar tidak menjadi 'musuh dalam selimut', kerana ia boleh menghancurkan parti yang dibina sejak 71 tahun yang lalu.
KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Puteri MIC melancarkan 'Dr S.Subra Club' (DSSC) yang bertujuan menggalakkan, memperkasakan dan meningkatkan kehidupan komuniti India di negara ini.