Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama)

Barisan Nasional (BN) menawarkan kepada rakyat kestabilan, keharmonian dan pembangunan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


KUALA NERUS, 9 Sept (Bernama) -- Situasi politik di Terengganu ketika ini berada pada tahap terbaik kerana semua permasalahan telah berjaya diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


ALOR SETAR, 9 Sept (Bernama) -- PAS akan meletakkan hampir 50 peratus calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu mendapat sokongan rakyat.


KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Penerangan UMNO Malaysia akan menganjurkan Dialog Perjuangan4all berbentuk townhall ke seluruh negara bermula dengan Parlimen Wangsa Maju pada Ahad ini.


KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Persefahaman dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini berada pada landasan yang cukup kukuh serta senada dengan setiap keputusan yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn di sini.







CHUKAI, 8 Sept (Bernama) -- Gandingan menteri besar Terengganu dengan dua bekas menteri besar negeri ini mampu memastikan UMNO terus menang di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


MELAKA, 6 Sept (Bernama) -- Parti Gerakan bersedia untuk bertukar empat atau lima kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.


SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO bakal menggunakan tiga elemen, termasuk memperkasakan hak wanita dalam aspek kebajikan dan pendidikan bagi memikat pengundi wanita terutamanya golongan muda, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu hari ini mencadangkan agar kerajaan negeri Pulau Pinang membina jajaran Transit Aliran Massa (MRT) berbanding pembinaan Jalan Berkembar Pesisir Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dekat sini.