Senarai Berita
TAWAU, 6 Sept (Bernama) -- Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota UMNO agar tidak mengamalkan budaya menjatuhkan rakan dalam parti semata-mata ingin dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

SHAH ALAM, 5 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri itu menerusi siri ceramah ?Jelajah Kasih Negeriku' bertujuan menyampaikan maklumat terkini membabitkan isu tempatan dan nasional selain menjadi medium komunikasi dengan rakyat Selangor.
GEORGE TOWN, 4 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.
.jpg)
JELI, 3 Sept (Bernama) -- Lebih 30,000 anggota veteran UMNO Kelantan bersedia untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
IPOH, 3 Sept (BERNAMA) -- Hasrat Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dibincangkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) minggu ini.

SEREMBAN, 2 Sept (Bernama) -- Sokongan pengundi Cina di negara ini kepada Barisan Nasional (BN) khususnya MCA semakin positif dan ia diterjemahkan melalui kehadiran beramai-ramai di setiap program anjuran parti itu seperti Jalinan Rakyat (JR) Plus.
