Senarai Berita

SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan masih sesak ekoran kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki yang membawa muatan asid kimia dan sebuah kenderaan di KM 256 berhampiran tol Senawang.


Oleh RAMLI ISMAIL l PADANG BESAR, 10 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Datuk Sabry Ahmad kini banyak memberi tumpuan terhadap memastikan jentera UMNO bergerak lancar dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.


PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan.


LAHAD DATU, 9 Ogos (Bernama) -- Pemimpin UMNO peringkat cawangan merupakan barisan hadapan penting parti dalam interaksi dengan rakyat, terutama untuk mendengar isi hati mereka, kata Ketua Cawangan UMNO Kampung Sri Hak 1 dekat Tungku di sini, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud.


PENAMPANG, 9 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) kini memiliki pasukan 'tentera maya' yang berkemampuan menyerang dan menangkis segala tohmahan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umur ke-14 (PRU-14)


KUBANG PASU, 8 Ogos (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff hari ini menggesa kesemua anggota UMNO supaya bersatu hati dan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti bagi mengukuhkan perpaduan orang Melayu sekali gus memastikan keistimewaan golongan itu terus terjamin.


PUTRAJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menolak permohonan daripada mana-mana parti politik untuk mendaftarkan logo atau simbol bagi digunakan dalam pilihan raya sekiranya logo tersebut telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).


ARAU, 8 Ogos (Bernama) -- MIC Perlis akan membuka beberapa cawangan lagi menjelang akhir tahun ini sebagai usaha untuk menarik masyarakat India di negeri ini menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.


KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KLANG, 6 Ogos (Bernama) -- UMNO perlu memperhebat usaha mendekati dua kumpulan pengundi yang digolongkan sebagai 'pengundi baharu' dan'pengundi atas pagar' bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.