Senarai Berita

KUALA SELANGOR, 5 Ogos (Bernama) -- Anggota UMNO diberitahu untuk tidak meninggalkan parti jika mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14, kata anggota majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


SEGAMAT, 5 Ogos (Bernama) --Tiada siapa mampu mencemarkan hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


PEKAN, 5 Ogos (Bernama) -- Dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha menjatuhkan pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam diam disifatkan sebagai fitnah yang sengaja dilakukan untuk memburukkan pemimpin itu.


ALOR SETAR, 5 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) bekerja keras meraih sokongan pengundi bagi membuktikan mereka layak kekal bertanding di satu-satu kawasan, terutama bagi yang kalah pada pilihan raya umum (PRU) lalu.


KOTA BELUD, 5 Ogos (Bernama) -- Pemimpin serta anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah perlu sentiasa memperkasa prinsip kesepakatan dan kesepaduan dalam perjuangan parti bagi terus mempertahan kerajaan sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.


SEMPORNA, 5 Ogos (Bernama) -- UMNO Semporna masih utuh dengan 459 cawangan yang setia kepada parti dan kepimpinan sedia ada, kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.


JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) -- UMNO Johor bersedia untuk bersemuka dan melawan habis-habisan pemimpin dari negeri itu yang melompat ke parti lain, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.


JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) -- Pengundi Melayu bandar amat penting untuk kelangsungan politik UMNO dan untuk mendapatkan sokongan mereka, pemimpin parti keramat orang Melayu itu perlu memiliki lima ciri kepimpinan termasuk berintegriti dan bersih, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.


KLUANG, 5 Ogos (Bernama) -- Jentera akar umbi UMNO khususnya ketua cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri diminta supaya turun padang memberikan pelbagai penjelasan kepada rakyat bagi menangani persepsi negatif terhadap kerajaan.


PEKAN, 5 Ogos (Bernama) -- Puteri UMNO meminta rakyat menolak budaya politik berasaskan fitnah yang dimainkan pembangkang termasuk dakwaan pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini bakal menjadi PRU paling kotor.