Senarai Berita

SIMUNJAN 3 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengingatkan pemimpin peringkat akar umbi serta ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar ikhlas membantu bagi memenuhi keperluan rakyat.


PASIR PUTEH, 3 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perparitan, pengurusan sampah dan pasar yang dihadapi penduduk sekitar bandar Pasir Puteh sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.


Oleh Fadzillah Aishah Ismail

TANJONG KARANG, 3 Mei (Bernama) -- "Tidak berundur, tidak menyerah, tiada 'talak tiga'."


Oleh Noor Shamsiah Mohamed @ Ismail

KUANTAN, 3 Mei (Bernama) -- Fasa pertama kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang rata-rata calon yang bertanding memilih cara santai namun penuh pengisian, menjadikan tiada sebarang insiden ?panas' yang berlaku.


SHAH ALAM, 3 Mei (Bernama) -- Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz enggan mengulas sama ada akan meneruskan agenda hudud seperti yang diperjuangkan bapanya jika dipilih sebagai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Kelantan.


MUAR, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenapa pakatan pembangkang tidak mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon menteri besar Johor jika dapat membentuk kerajaan di negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.


Oleh Abdul Aziz Harun

KUCHING, 3 Mei (Bernama) -- Melihat kepada perkembangan semasa, selepas kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang memasuki separuh tempoh perjalanannya hari ini, Sarawak dilihat terus berpotensi untuk kekal sebagai simpanan tetap Barisan Nasional (BN), namun sasaran BN Sarawak bukanlah 'menang' semata-mata, sebaliknya 'menang lebih besar'.


Oleh Sharifah Nurliza Syed Mohammad

GEORGE TOWN, 3 Mei (Bernama) -- Alam sekitar, pembangunan di lereng bukit dan kebajikan rakyat adalah antara isu-isu yang dibangkitkan dalam kempen calon-calon yang bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, baik pihak kerajaan mahu pun pembangkang.


KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah ‘sesuatu yang tidak pelik´ jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KOTA KINABALU, 3 Mei (Bernama) -- Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pilihan raya umum kali ini bakal mencatatkan sejarah apabila calon yang berhasrat menjadi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak turun berkempen di Sabah dan Sarawak setakat ini.