Senarai Berita
KOTA SAMARAHAN, 30 April (Brnama) -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengingatan rayat Sarawak, khususnya pengundi supaya jangan sesekali terpengaruhi dengan permainan politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Mnteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sama-sama berjuang dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).
JOHOR BAHRU, 30 April -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini memberi jaminan bahawa harga bagi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) akan terus dikekalkan sekiranya parti itu diberi kepercayaan mentadbir negeri ini sekali lagi.
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ikrar beliau untuk mengkaji semula perkhidmatan e-hailing seperti Grab jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dalam cubaan untuk meraih sokongan daripada kalangan pemandu teksi.
PASIR MAS, 30 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Pasir Mas secara rasmi menutup pusat operasi parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong bermula Sabtu lepas, kata Timbalan Ketua PPBM Pasir Mas, Mat Samsudin Samat.
SANDAKAN, 30 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berjanji akan meluluskan permohonan bagi tapak tanah untuk menambah pembinaan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Batu Sapi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
SANDAKAN, 30 April (Bernama) -- Kecekapan menguruskan ekonomi membolehkan negara mendapat dana lebih dan dipulangkan kepada rakyat dengan menaikkan sekali ganda bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA KANGSAR, 30 April (Bernama) -- Pemilihan Mohamad Isa Jaafar sebagai calon Amanah untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong pada Pilihan Raya Umum ke-14 mendapat bantahan dan ditolak keras oleh anggota PPBM bahagian Kuala Kangsar.
GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- MCA yakin mampu meraih keputusan yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini berdasarkan daripada respons dan sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi ketika calon-calon berkempen.
SIPITANG, 29 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini agar tidak mengamalkan politik kebencian yang akhirnya hanya akan memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 16 dron yang yang diterbangkan secara haram di kawasan penamaan calon di seluruh negara Sabtu lepas.