Senarai Berita
PASIR SALAK, 30 April (Bernama) -- Anggota dan penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menjadi ejen kempen yang dapat meraih kemenangan bagi calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.

IPOH, 30 April (Bernama) -- Orang ramai diingatkan supaya mengawal perasaan dan jangan terlalu mengikut emosi ketika mendengar ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga menimbulkan provokasi terhadap pihak tertentu.
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju Datuk Seri Yew Teong Look hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menggariskan tujuh inisiatif utama bertemakan 'Membina Wangsa Maju di Masa Depan Dengan Cemerlang'.


SANDAKAN, 30 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaik sahaja dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memerlukan lebih banyak wakil daripada masyarakat Cina dalam Kabinet, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
SEREMBAN, 30 April (Bernama) -- "Setakat tiga hari berkempen ini, penerimaan masyarakat berbilang kaum terhadap saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat amat baik sekali," kata penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih popular dipanggil Syamsul Debat yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di DUN Sikamat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KLANG, 30 April (Bernama) -- Datuk Subramaniam T. Retnam, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa yang baru diwujudkan (sebelum ini DUN Kota Alam Shah), mahu meningkatkan tahap sosio ekonomi lebih 1,800 penduduk dalam kumpulan B40 yang tinggal di kawasan pilihan raya itu.