Senarai Berita
BENTONG, 1 Mei (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meluahkan rasa kesal dengan kejadian seorang penyokong Barisan Nasional (BN) cedera dipercayai akibat ditolak jatuh dari pentas oleh seorang penyokong pembangkang di Johor semalam.
MELAKA, 1 Mei (Bernama) -- Calon termuda Barisan Nasional (BN) Melaka iaitu Choo Wei Sern, 30, yang bakal bertanding di Parlimen Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini melaksana pendekatan bertemu dengan rakyat secara kerap bagi 'melekatkan' dirinya di hati rakyat di kawasan itu.
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membawa khabar gembira untuk warga pekerja khususnya di sektor swasta dengan pengumuman lima 'hadiah' bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka dalam ekonomi dan pembangunan negara.
MUAR, 1 Mei (Bernama) -- Calon Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempelawa dua lagi calon parlimen itu, Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan calon PAS, Abdul Aziz Talib, untuk berdebat hujung minggu ini.
ALOR SETAR, 1 Mei (Bernama) -- Ketua-ketua bahagian yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu menyisihkan kepentingan peribadi bagi memastikan kemenangan parti dengan memberi sokongan kepada calon yang bertanding.
Oleh Amanina Mohamad Yusof
SEREMBAN, 1 Mei (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik pastinya melegakan golongan belia dan berpendapatan rendah untuk memiliki hartanah sendiri.
Oleh Kamaliza Kamaruddin
KUALA TERENGGANU, 1 Mei (Bernama) -- Janji Barisan Nasional (BN) Terengganu untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) membuktikan kecaknaan kerajaan negeri terhadap pengundi muda.
Oleh Mohd Firdaus Md Saisi
SHAH ALAM, 1 Mei (Bernama) -- Memudahkan urusan penjaja dan individu untuk memulakan perniagaan seperti terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor adalah seiring dengan hasrat kerajaan persekutuan dalam menggalakkan rakyat terutama generasi muda untuk menjadi pencipta kerja, bukan pencari kerja.