Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Suasana penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa hari ini bertambah meriah dengan kehadiran selebriti Mohamed Azwan Ali yang tampil sebagai calon Bebas di Dewan Dato' Ahmad Razali, dekat sini.
BAGAN DATUK, 28 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin tidak bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana muflis.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini yang berakhir pada 10 pagi di seluruh negara menyaksikan figura utama dan penting dalam arena politik tanah air selesai menyerahkan borang pencalonan mereka.
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei.
REMBAU, 28 April (Bernama) -- Barisan Nasional mendapat kelebihan awal satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penyokong dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU ) kerdil hari ini turut memberi sokongan buat penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di semua pusat penamaan calon berlangsung dalam suasana aman dan terkawal tanpa sebarang insiden setakat pukul 9 pagi ini.
PEKAN, 28 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
BAGAN DATUK, 28 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara.