Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung hari ini bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara.


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang dilantik di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai bidangkuasa yang telah dinyatakan di bawah Bahagian VIII (Pilihan Raya) Perlembagaan Persekutuan. Manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) juga ditubuhkan dengan bidang kuasanya yang tersendiri di bawah Bahagian II (Hak Asasi) Perlembagaan Persekutuan.



PEKAN, 27 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai solat hajat sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, di sini, malam ini.


SEGAMAT, 27 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Chiam Yoke Meng akan menggunakan pengalamannya bekerja dalam bidang perbankan untuk membangunkan ekonomi di kawasan berkenaan.


KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) -- Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), kedua-duanya parti tempatan di Sabah, bergabung tenaga untuk bertanding 33 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 12 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.


KANGAR, 27 April (Bernama) -- Jabatan Penerangan (Japen) Perlis membuka pusat media bagi memudahkan pengamal media di negeri ini mendapat maklumat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula esok hingga 9 Mei ini.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) --Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak yang mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) di seluruh negara esok supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan penyokong parti politik yang berbeza.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara mengingatkan semua pihak termasuk calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan penyokong parti politik untuk sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa.


ALOR GAJAH, 27 April (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO merupakan platform terbaik dalam usaha melahirkan pemimpin muda dalam kalangan kaum wanita di negara ini, kata Ketua Pergerakannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.


BUTTERWORTH, 27 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Batu Kawan yakin mampu meraih undi daripada masyarakat Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).