Senarai Berita

KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) -- Dua parti tempatan di Sabah, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) akan bergandingan dalam Pilihan Raya Umun ke-14 dengan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kerusi Parlimen.


SEREMBAN, 27 April (Bernama) -- Sejumlah 378 borang penamaan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah dijual setakat tengah hari ini.


SITIAWAN, 27 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menafikan laporan menyebut penceramah Datuk Mohd Kazim Elias akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei.


KANGAR, 27 April (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mahu rakyat berfikir secara rasional dalam memilih calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini dengan mengutamakan calon Barisan Nasional (BN) yang sentiasa turun padang bagi menangani masalah rakyat.


KOTA BELUD, 27 April (Bernama) -- Rakyat Kadamaian masih memerlukan khidmat karajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan itu yang kini antara satu pusat pelancongan luar bandar di Sabah yang pesat membangun.


ALOR SETAR, 27 April (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai melakukan proses mengisi borang pencalonan dan ia dimuktamadkan dengan tiada sebarang pertukaran calon, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


BAGAN DATUK, 27 April (Bernama) -- Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di seluruh negara kini sudah selesai dan muktamad, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak wajar memantau pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan anggota bagi kedua-dua suruhanjaya itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai bidang kuasa khusus yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta.


SHAH ALAM, 27 April (Bernama) -- Polis menasihatkan orang ramai, penyokong parti dan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melaksanakan proses penamaan calon esok dengan berdisiplin dan bertanggungjawab supaya tidak mengganggu keselamatan serta keamanan negara.


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon-calon BN yang disenaraikan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dinilai dengan rapi sejak lima tahun lepas dan bukannya baru dinilai sejak "sebulan dua ini".