Senarai Berita

SUNGAI BESAR, 28 April (Bernama) -- Calon PKR bagi kerusi Parlimen Sungai Besar Muslimin Yahya mengakui tindakannya meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah kerana ditawarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


GEORGE TOWN, 28 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menghadapi saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bungah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang buat julung kali bertarung di Selangor berdepan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


JELI, 28 April (Bernama) -- Penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyasarkan untuk mengekalkan kemenangannya di kerusi itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.


KUALA LUMPUR, April 28 (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN), Adnan Seman, akan menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang calon PAS dan PKR bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.


ALOR SETAR, 28 April (Bernama) -- Polis Kedah telah membuka tiga kertas siasatan kes berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilaporkan di seluruh negeri itu sejak pembubaran Parlimen 7 April lepas.


LUMUT, 28 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang buat julung kali bertanding sebagai calon parlimen akan berdepan PKR-Amanah dan PAS dalam misi merampas semula kerusi Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


ALOR SETAR, 28 April (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan berhadapan dua lagi calon iaitu Mohd Sabri Omar (PAS) dan Zamri Yusuf (PKR) bagi kerusi DUN Suka Menanti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BAGAN DATUK, 28 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di seluruh negara hari ini berjalan dengan penuh tertib berbanding pilihan raya sebelum ini.


KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pencalonan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berikutan satu keputusan mahkamah.