Senarai Berita
IPOH, 26 April (Bernama) -- Sehingga kini, polis Perak mengenal pasti 19 Parlimen dan 31 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas di Perak untuk dipantau supaya tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
MELAKA, 26 April (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bakal mengulangi pertarungan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas masing-masing dicalonkan di Parlimen Hang Tuah Jaya, yang sebelum ini Parlimen Bukit Katil.
BAGAN DATUK, 26 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14).
KUANTAN, 26 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai 32 calon penyandang Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang selain 16 muka baharu.
JOHOR BAHRU, 26 April (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi keutamaannya ketika ini berbanding memikirkan perkara lain seperti jawatan.
YAN, 26 April (Bernama) -- Pihak pembangkang diingatkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan mengagungkan individu tertentu yang membawa unsur komunis ke dalam negara ini, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama)-- Pemimpin atau anggota Barisan Nasional (BN) yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dikenakan tindakan disiplin, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
ALOR SETAR, 26 April (Bernama) -- Beberapa jalan utama di Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Pokok Sena akan ditutup bagi membolehkan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Sabtu ini berjalan lancar.
BAGAN DATUK, 26 April (Bernama) -- Kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diberikan pada tahap paling tinggi dalam melaksanakan undang-undang negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
ALOR SETAR, 26 April (Bernama) -- PAS hari ini menamakan Yang Dipertua PAS Langkawi Zubir Ahmad, 55, sebagai calon bagi kawasan Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei ini.