Senarai Berita

BESUT, 26 April (Bernama) -- Golongan petani dan nelayan telah menikmati pelbagai kemudahan dan insentif yang diusahakan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka hidup dengan selesa.


KUCHING, 26 April (Bernama) -- Sarawak Energy (SEB), syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan negeri, sudah menyusun rangka kerja kesiapsiagaan, termasuk menubuhkan pasukan tunggu sedia tambahan untuk bertindak pantas, terutama pada hari penamaan calon dan hari pengundian bagi memastikan bekalan tenaga elektrik sentiasa berterusan semasa proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


SIBU, 26 April (Bernama) -- Hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 kian hampir dan keadaan semakin menarik di kawasan Parlimen Sibu serta Parlimen Lanang apabila dua lagi bakal calon hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.


KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini selesai dengan pengumuman calon oleh tiga lagi negeri iaitu Sabah, Pahang dan Perlis, hari ini.


KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) -- Dua daripada tiga calon wanita baharu mewakili Barisan Nasional (BN) yang dipilih untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini akan menggalas tanggungjawab untuk merampas semula kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 lalu.


KANGAR, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perlis hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bertemakan 'Menuju Kesejahteraan Rakyat' yang merangkumi lima teras khusus untuk kesinambungan hala tuju pembangunan dan pentadbiran negeri itu.


KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa permohonan 16 bekas anggota UMNO bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberikan lanjutan masa kepada parti berkenaan untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, adalah bersifat remeh dan tidak berasas.


KUANTAN, 26 April (Bernama) -- Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan satu tangggungjawab besar patah lagi bagi calon muda yang pertama kali turun ke gelanggang pilihan raya umum.


KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau akan berusaha untuk memastikan proses pembangunan Kampung Baru akan dilaksanakan dengan mengekalkan identiti kampung itu sebagai 'Kampung Melayu'.


KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) -- Lima calon sayap Pemuda yang dipertaruhkan oleh Barisan Nasional (BN) Sabah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat sudah bersedia untuk menggempur lawan selain teruja diberi amanah mewakili suara belia pada PRU kali ini.