Senarai Berita

Jaminan Orang Muda menggariskan lapan jaminan antaranya peluang pekerjaan dan latihan, meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda.


Manifesto khas itu termasuk perkhidmatan krematorium percuma, tuisyen percuma buat anak-anak India yang akan menduduki peperiksaan dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan.


PASIR PUTEH, 21 April (Bernama) -- Program Menghubung Menyatu (CTU) yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan, berjaya membina 189 rumah baharu untuk penduduk miskin di enam negeri setakat ini.


Begitu juga bekas pemimpin UMNO di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang kini memimpin pembangkang...mereka kecewa tetapi kenapa perlu mengheret 'orang lain'.


KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kemenangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menyebabkan penangguhan kepada projek-projek infrastruktur besar-besaran seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Kumpulan HSBC.


Oleh Nurrul Huda Ahmad Lutfi

YAN, 21 April (Bernama) -- Dalam tempoh lima tahun sejak pilihan raya umum (PRU) 2013, kawasan Parlimen Jerai yang diwakili Barisan Nasional (BN) menyaksikan kemajuan yang bukan sedikit dengan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan bagi menaikkan imej daerah itu.


PETALING JAYA, 21 April (Bernama) -- Kira-kira 50 anggota PKR peringkat akar umbi dari seluruh negara hari ini membantah keputusan pimpinan tertinggi parti membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) Sembrong menafikan dakwaan pembangkang kononnya penduduk di kawasan Parlimen Sembrong terabai ketika diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


SEPANGGAR, 21 April (Bernama) -- Calon-calon Barisan Nasional (BN) di Sabah bukan sahaja boleh menang tetapi akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.


MUAR, 21 April (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim meminta rakyat supaya terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei ini demi masa depan negara.