Senarai Berita

KANGAR, 18 April (Bernama) -- Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan masyarakat khususnya umat Islam agar memilih calon yang boleh membela masa depan mereka dan negara pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


REMBAU, 18 April (Bernama) -- 'Amanat bapa' yang menasihati Tee Kah Yak untuk terus memilih Barisan Nasional (BN), tetap kuat menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.


BAGAN DATUK, 18 April (Bernama) -- Keputusan DAP meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah dijangka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


SEREMBAN, 18 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan akan membuat pemeriksaan ke atas aspek keselamatan kebakaran di semua pusat mengundi di negeri ini dalam minggu ini, kata pengarahnya Norazam Khamis.


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Polis menahan tiga wanita kerana disyaki mencabut dan merosakkan bendera Barisan Nasional di Taman Tun Dr Ismail, semalam.


MERSING, 18 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor dibuat berdasarkan keperluan rakyat negeri ini termasuk memastikan kesejahteraan mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembangkang menganggap pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah pertandingan populariti untuk melihat calon sebelah mana yang lebih popular, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


BAGAN DATUK, 18 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 28 April ini, 'perang bendera' antara parti yang bertanding dilihat semakin sengit.


TELUK INTAN, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan rasmi ke Perak hari ini, mengumumkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pembinaan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan.