Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama)-- Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal menjelang, dijangka tidak mencetuskan kejutan besar ke atas ekonomi Malaysia, sebaliknya ia diterjemahkan sebagai kesinambungan dasar semasa dan aliran masuk pelaburan seperti biasa.

SHAH ALAM, 17 April (Bernama) -- Krisis air yang tidak berkesudahan di Selangor menguatkan lagi tekad Barisan Nasional (BN), yang menerajui Kerajaan Persekutuan, untuk terus berusaha menawan kembali Selangor dan mengambil langkah proaktif menyelesaikan isu bekalan air sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Perang politik di media sosial dilihat kian membahang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei. Laman maya itu yang rata-ratanya didominasi golongan muda menjadi medan hangat dalam mempertahankan parti pilihan masing-masing.
LABUAN, 17 April (Bernama) -- Dalam tempoh semalaman, jalan raya di sini berubah wajah apabila parti politik memasang bendera dan kain rentang masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BATU KURAU, 17 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membekalkan jana kuasa tambahan di pusat penjumlahan undi di Perak untuk memastikan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berjalan lancar.
PASIR SALAK, 17 April (Bernama) -- Taktik pembangkang yang kerap menukar kawasan bertanding pada pilihan raya membuktikan mereka melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji sebagai wakil rakyat.

KOTA BHARU, 17 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto peringkat negeri sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Khamis ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.