Senarai Berita

PENDANG, 18 April (Bernama) -- UMNO Pendang yakin dapat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang dan Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.


KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Pilihan raya umum ke-14 memberi peluang kepada pengusaha perkhidmatan sistem siar raya untuk menggandakan pendapatan mereka berikutan perkhidmatan itu mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada parti-parti politik.


KANGAR, 18 April (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis menamakan empat calonnya yang dipilih bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei ini.


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Golongan belia tidak seharusnya terdedah dan mudah terikut-ikut dengan budaya kebencian yang cuba dipupuk oleh pihak tertentu dengan agenda tersembunyi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


BANTING, 18 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar memberi jaminan bahawa kerusi Parlimen Kuala Langat akan kekal ditandingi oleh calon daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


JITRA, 18 April (Bernama) -- Undi masyarakat luar bandar diyakini tetap akan terus menjadi deposit tetap buat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


KUALA KANGSAR, 18 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua anggota parti komponen BN termasuk UMNO agar jangan merajuk dan mengkhianati parti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


BANTING, 18 April (Bernama) -- Pembinaan dua Balai Bomba dan Penyelamat di Setia Alam, Shah Alam dan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dapat disegerakan sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman yang difailkan Nurul Izzah Anwar terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu Naib Presiden PKR itu bergambar bersama-sma Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III.


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Sokongan kaum India bagi MIC dijangka mencapai tahap 65 peratus secara purata pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding pada PRU13 berdasarkan kajian Jalinan Rakyat, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.