Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Dakwaan UMNO pertubuhan politik haram dan tidak sah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang tular hingga menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi tidak sepatutnya berlaku kerana parti itu mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

JITRA, 18 April (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarkan untuk melaksanakan visi merakyatkan ekonomi digital melalui inisiatif 'Desa Digital' di 50 kampung di seluruh negara dengan kolaborasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, masih lagi menganggotai parti itu, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal menyediakan sistem pengangkutan yang lebih pantas dan menjimatkan untuk memasarkan hasil perikanan dari Pantai Timur Semenanjung, kata Jabatan Perikanan.
TEMERLOH, 18 April (Bernama) -- Kerusi Parlimen Temerloh bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru apabila seorang lagi anak tempatan menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

MACHANG, 18 April (Bernama) -- Pihak berkuasa perlu memperketatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand untuk mencegah kemungkinan mereka yang mempunyai dua kerakyatan mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Tiga wanita ditahan polis hari ini kerana disyaki telah memotong dan mencabut bendera serta kain rentang Barisan Nasional (BN) di tepi Jalan Leong Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini.
BAGAN DATUK, 18 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat tapak Wisma UMNO yang baharu di Parit 4, Sungai Sumun di sini.