Senarai Berita

BESUT, 9 April (Bernama) -- Sejumlah 140,000 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) bertekad turun padang untuk berkempen bagi membantu Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


TENOM, 9 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat di Tenom memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan Parlimen itu.


KUCHING, 9 April (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) negeri bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


GEORGE TOWN, April 10 (Bernama) -- Setelah meninggalkan DAP, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Pinang Teh Yee Cheu akan cuba mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).


NILAI, 9 April (Bernama) -- Sembang santai yang dianjurkan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dengan menampilkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata lesu apabila hanya dihadiri kira-kira 30 penduduk setempat.


PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) telah menghantar senarai calon berpotensi untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Insovensi.


KUCHING, 9 April (Bernama)--Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dilancar oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini memfokus kepada transformasi Sarawak melalui ekonomi digital dan tuntutan pengembalian hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.


PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


ALOR SETAR, 9 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini membuat laporan polis selepas pentas untuk mengadakan ceramah di Padang Awam Taman Derga Jaya, di sini dibaling dengan beberapa biji telur busuk.


TAWAU, 9 April (Bernama) -- Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah mesti turun padang untuk menjelaskan Manifesto BN yang inklusif dan komprehensif bagi memastikan rakyat dapat memahaminya dengan baik, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.