Senarai Berita

JOHOR BAHRU, 8 April (Bernama) -- Golongan wanita merupakan antara fokus utama manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang pelancarannya dijadual pada pertengahan bulan ini.


KUALA TERENGGANU, 8 April (Bernama) -- Jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar akan terus dirapatkan dengan pelbagai inisiatif daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini giat mewujudkan kerajaan digital.


KOTA BHARU, 8 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan telah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan daripada pejabat Speaker Dewan.


JOHOR BAHRU, 8 April (Bernama) -- PAS Johor hari ini mengumumkan untuk bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


MELAKA, 8 April (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata BN tidak merasa tergugat dengan calon muda yang diletakkan pembangkang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.


PENAMPANG, 8 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi, sebuah manifesto yang mampu dicapai, kata Pergerakan Pemuda BN Sabah.


PENAMPANG, 8 April (Bernama) -- Kemunculan ramai calon muda pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan memberi gambaran Barisan Nasional (BN) tidak kekurangan pemimpin muda yang berkaliber untuk memajukan rakyat dan negara.


PENAMPANG, 8 April (Bernama) -- Prihatin dengan permintaan golongan belia secara umum di Sabah, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri menganjurkan Karnival Kerjaya yang menawarkan 3,000 peluang pekerjaan.


KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mengumumkan aku janji khusus untuk Kelantan Rabu ini dalam usaha merampas semula negeri tersebut daripada cengkaman PAS sejak 28 tahun lepas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.


KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pengiktirafan terhadap golongan wanita, peningkatan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta pengembalian hak Sabah dan Sarawak, manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai sebuah manifesto yang realistik dan bersifat mikro.