Senarai Berita

BACHOK, 9 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan berkemampuan untuk membiayai pelbagai bentuk bantuan yang diumumkan kepada rakyat kerana mempunyai kewangan yang kukuh dan keadaan ekonomi pula semakin berkembang.


PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Bilik Gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa oleh calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KENINGAU, 9 April (Bernama) --Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk memastikan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negeri ini sentiasa terpelihara.


TAWAU, 9 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Sabah menolak parti-parti pembangkang seperti Parti Warisan Sabah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, sebaliknya memilih Barisan Nasional (BN) demi kesinambungan pembangunan di negeri itu.


PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti rasuah dan salah guna kuasa sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.


TENOM, 9 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua kumpulan etnik di Sabah,Sarawak dan orang asli di Semenanjung harus diberikan hak yang sama oleh kerajaan.


TAWAU, 9 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua dasar yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya adalah untuk membawa perubahan masa depan lebih baik kepada rakyat.


Oleh Nur Syuhada Samsudin dan Rosmalis Anuar

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Akademi Pilihan Raya (APR), yang ditubuhkan sejak 2007 di bawah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adalah bahagian yang memainkan peranan penting dalam program pendidikan pengundi agar masyarakat lebih memahami proses pilihan raya.


SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) negeri itu diadakan.


KUALA TERENGGANU 9 April (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong hari ini menyerahkan watikah pembubaran DUN Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Terengganu.