Senarai Berita
PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Hanya Barisan Nasional (BN) yang menghantar senarai nama calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disaring setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
ALOR SETAR, 9 April (Bernama) -- Golongan belia terutamanya graduan muda yang baru menamatkan pengajian menyambut baik janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
SEMPORNA, 9 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional dapat mengekalkan kerusi Parlimen Semporna dalam pilihan raya umum akan datang atas keyakinannya ia mendapat sokongan rakyat.
KUALA TERENGGANU, 9 April (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubar hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini untuk mendapatkan persetujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
KOTA MARUDU, 9 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) mempunyai pengisian cukup sempurna, menggariskan akur janji yang begitu komprehensif, inklusif serta berpandangan jauh , khususnya bagi rakyat Sabah dan Sarawak.
TAWAU, 8 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat agar memikirkan mengenai keharmonian, kestabilan dan keamanan ketika membuat keputusan memilih kerajaan pada pilihan raya umumke-14 (PRU14) ini.
SHAH ALAM, April 8 (Bernama) -- Pakatan Harapan Selangor menjangkakan beberapa kerusi di negeri itu akan berdepan pertandingan berbilang penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pemimpin Barisan Nasional (BN) yakin semua perancangan yang terkandung dalam manifesto yang dilancar pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah realistik untuk dilaksanakan kerana telah mengambil kira kemampuan kerajaan ketika ini yang diterajui parti itu.
PASIR SALAK, 8 April (Bernama) -- Kira-kira 300 anggota pembangkang di kawasan Parlimen Pasir Salak dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.