Senarai Berita


IPOH, 15 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan sesi soal jawab dengan ribuan penjawat awam seluruh Perak dalam edisi keempat Program Bajet 2018 Bersama Rakyat-Penjawat Awam bagi berkongsi kisah kejayaan negara dan pelbagai polisi kerajaan yang telah dan akan dilakukan.

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 April untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Pakatan Harapan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menjawab permohonan mereka mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar.


KANGAR, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Azlan Man menolak dakwaan bahawa peruntukan kepada Perlis yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam adalah gula-gula pilihan raya umum ke-14.
IPOH, 14 Mac (Bernama) -- PAS menyasarkan menang 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
IPOH, 14 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak tidak menolak kemungkinan calon berpotensi yang bakal diketengahkan parti akan bertanding untuk dua kerusi - Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen - pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.