Senarai Berita

TANJUNG MALIM, 17 Jan (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pengumuman calon MCA untuk Parlimen Kampar dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad lepas sebagai satu strategi parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan lebih 64,000 pegawai dan anggotanya di seluruh pusat mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).


KOTA KINABALU, 17 Jan (Bernama) -- Pemangku Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Christopher Mandut menyeru golongan muda daripada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) supaya memainkan peranan penting pada pilihan raya umum akan datang.


Oleh Nor Baizura Basri

SINGAPURA, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa dasar kerajaan sekarang, sama ada dasar luar atau domestik, adalah berasaskan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang salah laku melibatkan integriti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KANGAR 16 Jan (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO Perlis berharap agar tiga wakilnya akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.


PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Permohonan semakan kehakiman oleh 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat berhubung penggantungan kemasukan 949 nama ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017, akan didengar pada 1 Mac di Mahkamah Tinggi di sini.


KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia bertambah baik disebabkan kesan positif daripada tadbir urus dan dasar kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


SEMPORNA, 15 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO mampu mengekalkan kemenangan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan di Semporna pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan undi majoriti juga dijangka meningkat, kata Pegawai Khas di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan, Mohd Yakin Jalling.