Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sikap pemimpin pembangkang yang suka berpindah randah mencari kawasan yang selamat untuk bertanding membuktikan bahawa mereka tidak pernah berjuang untuk kepentingan masyarakat malah hanya mementingkan agenda peribadi masing-masing.


ALOR SETAR, 14 Okt (Bernama) -- Struktur parti yang tidak kuat serta gagal memberi perhatian kepada pemimpin bawahan menyebabkan ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan parti itu.


KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Pembangunan Islam di negara ini yang diperkasakan dari semasa ke semasa menjadi petunjuk bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak lari daripada tanggungjawab menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.


KANGAR, 14 Okt (Bernama) -- Berdasarkan peranan penting Pergerakan Puteri UMNO dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pergerakan akan menggiatkan lagi gerak kerjanya membantu rakyat, kata Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin.


SUNGAI PETANI, 13 Okt (Bernama) -- Masyarakat India di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan janji kosong pihak pembangkang yang semata-mata untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.


BERUAS, 13 Okt (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tuduhan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) membawa pengundi hantu ke negeri itu sebagai politik jahat dan terdesak.


BERA, 13 Okt (Bernama) -- Pendedahan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Sing memang berniat menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, seharusnya membuka mata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan bumiputera.


KUALA TERENGGANU, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kewangan.


JOHOR BAHRU, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan melancar lima inisiatif kerajaan negeri Johor yang bakal memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini.


PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Dua anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tidak berpuas hati pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan pada 12 Nov ini melalui kongres khas dan bukan kongres kebangsaan.