Senarai Berita

ARAU, 16 Okt (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) di Perlis yang berhasrat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, disaran agar lebih kerap turun padang dan mendekatkan diri dengan rakyat kerana ia akan menentukan kejayaan mereka pada masa akan datang.


TAMBUNAN, 16 Okt (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO Keningau telah menyusun jentera pilihan rayanya selain mempersiap petugas di setiap Pusat Daerah Mengundi dalam kawasan berkenaan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketuanya Amelia Ajun.


SEREMBAN, 15 Okt (Bernama) --Pergerakan Puteri UMNO mengenal pasti 50,548 orang daripada lebih 400,000 ahlinya yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi belum berdaftar sebagai pemilih, kata ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin, hari ini.


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk memenangi empat lagi kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


KOTA KINABALU, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memperuntukkan hampir RM500 juta bagi menaik taraf dan membesarkan jalan raya dari Yayasan Sabah ke Tanjung Lipat, di sini.


JELI, 15 Okt (Bernama) -- Kegagalan pembangkang menarik ramai penyertaan dalam Perhimpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' di Petaling Jaya, Selangor semalam jelas membuktikan rakyat semakin faham dengan penerangan dilakukan kerajaan dalam menangkis pelbagai tohmahan.


SANDAKAN, 15 Okt (Bernama) -- Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.


SANDAKAN, 15 Okt (Bernama) -- Amalan politik ekstremis dan radikal yang dipenuhi dengan kemarahan dan kebencian perlu ditolak kerana ia hanya menjejaskan keamanan, keharmonian, ketenteraman dan pembangunan negara, kata Pengerusi Perhubungan Gerakan negeri Datuk Gordon Leong Vui.


KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) -- UMNO akan terus memperhebatkan program penerangan secara bersemuka dan media sosial dalam usaha menyampaikan mesej kepada khalayak yang lebih ramai.


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anggota sayap UMNO digesa melengkapkan diri dengan fakta bagi membolehkan mereka menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang terhadap kerajaan.