Senarai Berita

SERDANG, 8 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak yakin parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) mampu memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


BAGAN DATUK, 8 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan majoriti lima kali ganda berbanding PRU lepas.


MACHANG, 8 Okt (Bernama) -- Hasrat DAP untuk turut bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan memberi impak kepada usaha Barisan Nasional (BN) menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS di negeri tersebut.


CAMERON HIGHLANDS, 7 Okt (Bernama) -- MyPPP bersedia mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung pertukaran kerusi pada Pilihan Raya Umum K-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Tan Sri M. Kayveas.


PORT DICKSON, 7 Okt (Bernama) -- MIC Teluk Kemang menyasarkan untuk menang kerusi Parlimen Teluk Kemang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ketua Bahagiannya Datuk R. Balakrishnan.


PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengambil inisiatif menubuhkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang akan mengeluarkan rating untuk semua 222 calon kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi memudahkan pengundi membuat keputusan.


KUANTAN, 7 Okt (Bernama) -- PAS Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya di empat kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang disandang oleh DAP di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, bersandarkan keyakinan bekas sekutunya tersebut tidak mampu mempertahankan kerusi berkenaan.


ISKANDAR PUTERI, 7 Okt (Bernama) -- Projek pembangunan pengangkutan awam Bas Rapid Transit (BRT) akan menelan belanja RM2.56 bilion dengan RM1 bilion daripadanya dibiayai kerajaan pusat manakala baki ditanggung menerusi kerjasama swasta dan awam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- MIC sedia berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bertukar kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


PETALING JAYA, 5 Okt (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional Selangor bagi pilihan raya umum ke-14 akan memberi tumpuan antara lain kepada usaha mensejahterakan masyarakat miskin bandar.