Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menutup Sekolah Kurang Murid (SKM) walaupun terpaksa membelanjakan RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi 2,996 SKM yang terdapat di negara ini.


KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Syarikat kawalan keselamatan yang didapati mengambil pekerja warga asing tanpa dokumen sah, memiliki dokumen palsu atau mempunyai penglibatan dalam unsur-unsur jenayah akan dibatalkan lesen tanpa ada amaran akhir.


PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 229,919 permohonan pendaftaran pemilih baharu dan 65,083 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi sepanjang tempoh pendaftaran pemilih suku ketiga 2017.


ALOR SETAR, 20 Okt (Bernama) -- Seramai 3,000 orang dari kawasan Parlimen Alor Setar terpilih untuk Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini.


BANGI, 20 Okt (Bernama) -- Kabinet baru-baru ini meluluskan kertas cadangan supaya agensi dan jabatan kerajaan berkongsi data dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk penyediaan statistik dan penyusunan indikator sosioekonomi.


KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan, selaras usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.


KUCHING, 20 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan mesyuarat parti komponen di ibu negara esok.


KUCHING, 20 Okt (Bernama) -- Sekumpulan pengamal media yang menyertai program Kembara Batang Lupar KPWKM 2017 disaran mengambil peluang mengenali budaya masyarakat setempat dan melihat sendiri pembangunan yang dibawa kerajaan di kawasan parlimen tersebut.


MELAKA, 17 Okt (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO Melaka digesa memberi fokus terhadap usaha mengesan pemilih wanita muda yang berpotensi menjadi anggota baharu pergerakan sayap itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


ALOR SETAR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap akan ada wakil rakyat dari kaum India dalam barisan majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mewakili kaum itu dalam menyuarakan hak dan permasalahan mereka.