Senarai Berita

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diumumkan pada tahun hadapan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.


MIRI, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mahu anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) memainkan peranan aktif memberikan maklumat tepat dan betul tentang dasar dan bantuan kerajaan kepada penduduk di kawasan masing-masing.


KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memberi penekanan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru setiap rakyat Malaysia membantu mempertahankan negara daripada penyebaran berita palsu atau akaun media sosial palsu yang berniat buruk, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan.


KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) merancang untuk meningkatkan pertumbuhan sektor teknologi hijau Malaysia dengan sasaran pendapatan RM180 bilion, di samping mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan hijau menjelang 2030.


TENOM, 12 Okt (Bernama) -- Langkah mengoptimumkan perbelajaan kerajaan tidak menjejaskan tumpuan dan usaha melaksanakan program pembangunan di kawasan luar bandar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh.


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia bola sepak tanah air daripada peringkat akar umbi agar mampu kembali bersaing dan menjadi nama tersohor di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Menyedari kesihatan adalah perkara yang paling berharga di dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha serta membelanjakan RM178.9 bilion sejak 2009 bagi terus menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk rakyat Malaysia.


GEORGE TOWN, 10 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) agar parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sengaja untuk menyusahkan DAP yang kini rancak membuat persiapan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


TELUK INTAN, 10 Okt (Bernama) -- Pembangkang reka tuduhan kononnya Barisan Nasional (BN) Perak membawa masuk lebih 50,000 pengundi hantu sebagai taktik untuk

menghasut rakyat negeri ini supaya tidak mengundi BN pada pilihan raya akan datang.