Senarai Berita

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- DAP akan terus berkuasa dan memperkudakan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkang demi survival politik dan kuasa, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
SEREMBAN, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan belia di negara ini perlu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai pentingnya mendaftar sebagai pengundi, kata Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Datuk M. Saravanan.
KAJANG, 9 Okt (Bernama) -- Seramai 60,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menjalani latihan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
BUTTERWORTH, 9 Okt (Bernama) -- Anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan diadakan 12 Nov ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

KOTA BHARU, 8 Okt (Bernama) -- Prestasi PAS selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek yang akan diambil kira dalam penyediaan manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.
