Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mengumumkan tiga calon yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

BUTTERWORTH, 30 Julai (Bernama) --Segala pembangunan dan kemajuan di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah negeri ini, sebelum DAP mengambil alih pemerintahan lebih kurang sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
PETALING JAYA, 30 Julai (Bernama) -- Anggota UMNO diingatkan agar tidak menjadi seperti 'ketam di dalam bakul' yang cuba melepaskan atau menaikkan diri masing-masing dengan cara memijak orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BALIK PULAU, 30 (Julai ) -- MCA yakin dengan perubahan sokongan dalam kalangan pengundi di Pulau Pinang kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap DAP yang gagal menunaikan janji selepas mengambil alih negeri ini selama sembilan tahun.
KOTA BELUD, 30 Julai (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara perlu lebih berani berada di barisan hadapan bagi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.


TUARAN, 30 Julai (Bernama) -- Anggota UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah dengan kedudukan parti yang selesa dan mantap pada masa ini kerana mereka perlu berwaspada dengan cubaan menggagalkan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara.