Senarai Berita

KANGAR, 23 Julai (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata parti pembangkang yang ingin menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mesti mampu menjaga kebajikan rakyat negeri ini dengan cemerlang seperti BN.


SANDAKAN, 23 Julai (Bernama) -- Usul Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi agar 50 peratus muka baharu diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti sejajar dengan pendirian pucuk pimpinan pergerakan itu.


IPOH, 23 Julai (Bernama) -- Tiada istilah kalah dalam UMNO, sebaliknya parti keramat orang Melayu itu sentiasa bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


KEPALA BATAS, 23 Julai (Bernama) -- Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kepimpinan bahagian UMNO dan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara diingatkan tidak lupa mengambil berat tentang kebajikan pengundi awal dalam kalangan anggota tentera dan polis bagi memastikan mereka terus memberi sokongan kepada kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


SUNGAI BESAR, 23 Julai (Bernama) -- Usaha membangunkan negara yang dilakukan UMNO dengan sokongan rakan komponen Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lepas kekal berada di landasan yang betul.


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyerlahkan kemampuan untuk menang pilihan raya di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


JITRA, 23 Julai (Bernama) -- UMNO Kedah yakin akan berlaku 'tsunami Cina' yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.


GEORGE TOWN, 23 Julai (Bernama) -- Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah pemimpin berkuasa dalam Pakatan Harapan adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar 'kuda tunggangan' kepada DAP.


MARAN, 23 Julai (Bernama) -- Usaha pembangkang untuk 'membrexitkan' (membawa keluar) Sabah daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana rakyatnya telah matang melalui pengalaman berada di bawah pemerintahan parti pembangkang sebelum ini.