Senarai Berita
KULAI, 22 Julai (Bernama) -- Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, yang mendakwa akan memohon pengampunan diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai tidak masuk akal.
TAIPING, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menggariskan lima ciri termasuk kemampuan meraikan rakyat jika pemimpin parti itu ingin memenangi hati pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
PAPAR, 22 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji peranan yang dimainkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di persada antarabangsa sehingga beliau dikenali dan dihormati rakan-rakan sejawatannya di peringkat global.
PAPAR, 22 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota UMNO dan seluruh rakyat Sabah agar tidak sesekali terpengaruh dengan cubaan pihak luar untuk 'memBrexit'kan' Sabah daripada gelanggang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Wanita UMNO Bahagian Sepanggar hari ini menzahirkan sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), kata Ketuanya Datuk Jainab Ahmad Ayid.
KUALA TERENGGANU, 22 Julai (Bernama) -- Kempen 'Jom Bina Semula Negara' yang dijalankan pembangkang adalah antara usaha mereka untuk memberi imej negatif terhadap kerajaan sedia ada dan menunjukkan seolah-olah negara sedang mempunyai masalah.
SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Teo Kok Seong berhubung sesi debat di antara mereka.
KUALA BERANG, 21 Julai (Bernama) -- Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak mempersoalkan tetapi sebaliknya menghormati calon dipilih pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
BESUT, 21 Julai (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembangkang dilihat cenderung membuat tuduhan palsu terhadap kepemimpinan negara semata-mata bertujuan mensabotaj ekonomi negara.