Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemilih masih keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun rentak pengundian di kebanyakan kawasan agak perlahan setakat 3 petang.
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pengundi warga emas berkerusi roda hampir pengsan setelah menunggu kira-kira lima jam untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Jalan Kerinchi di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak dicop yang berlaku di sebuah pusat mengundi tidak benar, sebagaimana yang tular di media sosial, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung di seluruh negara setakat ini adalah terkawal dan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Pengundi keluar serentak dalam satu masa menjadi antara punca kesesakan sesetengah tempat mengundi sehingga ramai yang terpaksa beratur panjang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Polis sedang menyiasat panggilan telefon misteri yang dikatakan diterima beberapa pemimpin parti politik serta pegawai kanan kerajaan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Proses pengundian di kebanyakan pusat-pusat mengundi masih berjalan rancak tengah hari ini dengan peratusan mengundi di seluruh negara mencecah 55 peratus setakat 1 tengah hari.
MELAKA, 9 Mei (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru di sini hari ini.
