Senarai Berita

KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memenangi kerusi P196 Stampin dengan majoriti 14,221 mengatasi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).


PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke Putrajaya seperti yang ditularkan di media sosial.


LABUAN, 9 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN-UMNO) Labuan Datuk Rozman Isli mempertahankan kerusi Parlimen Labuan yang ditandinginya dalam saingan empat penjuru dengan kelebihan undi sebanyak 1, 450 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


ISKANDAR PUTERI, 9 Mei (Bernama) -- Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, sebentar tadi.


GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kelemahan dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Tiga pengundi di Pahang membuat laporan polis setelah nama mereka digunakan untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.


KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia dipercayai setelah terjatuh di dalam bilik air di Balai Raya Kampung Baru Sempalit, Raub, yang merupakan sebuah pusat pengundian, kira-kira jam 2.15 petang tadi.


SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Bukan mudah untuk menolak satu kertas undi yang telah ditanda kerana ia harus dipersetujui sebulat suara oleh Ketua Tempat Mengundi, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agen-agen calon, kata bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Dua pengundi dan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan meninggal dunia ketika melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), hari ini.


PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang ini, sebagaimana diwartakan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.