Senarai Berita

KLUANG, 9 Mei (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan beliau menerima ratusan panggilan masuk telefon bimbit daripada pemanggil tidak dikenali, hari ini.


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama)

Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya taktik "panggilan spam" yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada nombor antarabangsa hari ini.


TUMPAT, 9 Mei (Bernama) -- Pengundi warga emas berumur 118 tahun, Che Will Daud bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.


BAGAN DATUK, 9 Mei (Bernama) -- Selebriti tanah air, Den Wahab, 55, melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Bagan Datuk hari ini.


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Demokrasi di Malaysia tetap subur dengan rakyat Malaysia memenuhi pusat pengundian di seluruh negara bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tanpa sebarang laporan mengenai kejadian tidak diingini setakat ini.


PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi sangat baik dengan 24 peratus daripada keseluruhan 14,449,200 pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 10 pagi ini.


ALOR GAJAH, 9 Mei (Bernama) -- Warga emas dan golongan muda antara pengundi awal yang hadir bagi menunaikan hak memilih mereka di Pusat Mengundi Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini.


SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata proses pengundian di 131 pusat pengundian di negeri ini setakat pukul 10 pagi berjalan lancar dan terkawal.


PEKAN, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan terus diberi mandat memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.


BAGAN DATUK, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tempoh kempen 11 hari bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di seluruh negara yang berakhir tengah malam tadi adalah lebih baik berbanding PRU sebelum ini.