Senarai Berita

PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah melakukan pemeriksaan keselamatan kebakaran di kesemua pusat mengundi dan pusat pengiraan undi yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.


KLUANG, 12 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor akan menampilkan 30 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan tidak akan menampilkan 'calon payung terjun'.


KOTA KINABALU, 12 April (Bernama) -- UMNO Bahagian Sepanggar masih kukuh dan tidak tergugat dengan tindakan 150 anggota keluar parti malam tadi, kata Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.


PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Persediaan akhir bagi perjalanan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Putrajaya (P125) giat dilaksanakan bermula semalam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRU14 pada Selasa.


SELAMA, 12 April (Bernama) --Polis mengenal pasti 23 kawasan panas di Perak untuk dipantau supaya tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.


REMBAU, 12 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan gerak kerja jentera serta pencapaian terdahulu parti itu, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.


KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak tertekan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dan kekal bersama kerajaan yang banyak membela mereka selama ini.


LANGKAWI, 12 April (Bernama) -- Ahli perniagaan antarabangsa menaruh keyakinan yang sangat besar terhadap ekonomi Malaysia sejak kerajaan melaksanakan program Transformasi Nasional (TN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


KUALA TERENGGANU, 12 April (Bernama) -- Seramai 14,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara akan bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu semasa hari penamaan calon, pengundian dan pengumuman keputusan.


PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytiharkan 9 Mei, iaitu hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.